Ronaldo datang, laba mencurah buat Juventus 0 3121

Perpindahan Cristiano Ronaldo dari Real Madrid di Sepanyol ke Juventus di Itali mungkin boleh ditafsir sesetengah pihak sebagai petanda bermulanya era suram buat pemenang anugerah Ballon d’Or 2017 itu.

Hal itu demikian kerana berdasarkan keadaan semasa status Real Madrid sebagai kelab diisi bintang bola sepak ternama berada di atas Juventus.

Namun dalam sukan profesional, kejuaraan menjulang piala kadang-kadang bukanlah segala-galanya. Dari sisi lain sesebuah kelab itu juga mempunyai objektif perniagaan.

Justeru kedatangan Ronaldo, 33, ke Turin bukan sekadar memperkuatkan pasukan diurus Massimiliano Allegri.

Sebaliknya kemunculan Ronaldo juga membawa bersama laba yang besar buat kelab digelar La Vecchia Signora(Perempuan Tua) itu.

Misalnya Juventus mencatat jualan bernilai AS$60 juta (RM242.5 juta) untuk pelbagai barangan berkaitan Juventus hanya dalam tempoh 24 jam selepas Ronaldo disahkan menjadi milik mereka.

Nilai itu dianggarkan sebagai separuh daripada gaji sebulan Ronaldo di Juventus.

Tuah kena cari

Dapatan lain pula menyatakan kelab La Vecchia Signora menjual 850,000 helai jersi sepanjang musim 2016 dan 2017, tetapi pada hari pertama Ronaldo bersama mereka, sudah 520,000 helai terjual.

Pemain kebangsaan Portugal itu secara rasmi menyertai Juventus dengan menandatangani kontrak selama empat tahun. Ia bernilai kira-kira AS$117 juta (RM473 juta).

Perpindahan itu dianggap dapat membantu kelab terbabit memenangi piala Liga Juara-juara selepas lebih 20 tahun kempunan untuk menjulangnya.

Mengulas mengenai perpindahannya pemain yang popular dengan gelaran CR7 itu berkata dia bukanlah atlet yang gemar berada dalam zon selesa terutama selepas membantu Real Madrid memenangi Liga Juara-juara pada musim lalu.

“Saya masih begitu muda dan sentiasa gemarkan cabaran. Sebab itu saya berhijrah dari Sporting Lisbon ke Manchester (United), kemudian ke Real (Madrid) and kini Juventus.

“Keputusan ini diambil selepas pertimbangan dibuat dengan teliti. Juventus kelab terbaik di Itali dan mempunyai pengurus yang hebat.

“Jadi keputusan berpindah ini bukanlah terlalu sukar untuk diambil,” katanya.

Ronaldo juga menegaskan dia sangat bercita-cita tinggi selain gemarkan cabaran baru.

“Saya harap semuanya berjalan lancar.

“Tuah memang selalu membantu, tetapi kamu perlu mencari tuah itu,” katanya. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15403

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8419

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news