KUCHING: Berbangsa Bidayuh, bekas naib presiden projek khas untuk Asia bagi syarikat minyak berpangkalan di Amerika Syarikat, Saau Kakok dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petroleum Sarawak Berhad (Petros).
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan pelantikan berkenaan menganggap Saau, 64, berbakat serta mempunyai pengalaman 40 tahun dalam aktiviti penerokaan huluan industri minyak dan gas di seluruh dunia.
“Memperkenalkan Saau Kakok secara rasminya CEO baharu Petros,” umum Abang Abang Johari semasa berucap pada pelancaran Petros, dan beliau berkeyakinan Saau individu tepat memimpin Petros.
Sebelum ini, Tan Sri Datuk Amar Hamid Bugo dilantik sebagai Pengerusi Petros.
Abang Johari yakin pengalaman Saau mampu menambah nilai kerjaya anak muda berbakat di Sarawak dengan meningkatkan penglibatan dan penyertaan mereka dalam kontrak serta perkhidmatan ditawarkan Petros.
Sebelum ini, Abang Johari turut melantik Lembaga Pengarah pertama Petros.
Menurut Abang Johari, dengan Petros menerajui penyertaan Sarawak dalam sektor minyak dan gas, justeru Petros diberi hak melombong minyak dan gas asli di negeri ini, selain menjadi pemain penting dalam industri huluan minyak dan gas. –Sarawakvoice