Akta mungkin perlu dipinda untuk kembalikan hak Sabah,Sarawak 0 5600

KOTA KINABALU: Pindaan mungkin perlu dibuat terhadap akta dan perkara tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan urusan mengembalikan hak Sabah dan Sarawak seperti yang diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963, berjalan lancar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan hari ini.

Sambil menegaskan proses berkenaan akan mengambil masa, beliau berkata Jabatan Peguam Negara sedang tekun menguruskan perkara itu.

“Kami perlu teliti. Sesetengahnya memerlukan pindaan kerana ia melibatkan badan kehakiman, pengasingan kuasa, pengagihan ekonomi dan sebagainya.

“Sebenarnya, kira-kira dua minggu lepas, saya terima sepucuk surat daripada Jabatan Peguam Negara supaya dibawa kepada Kabinet beberapa peruntukan yang perlu diubah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Festival Ang Pow di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Good Shepherd di sini.

Abdul Rahman berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan sentiasa komited dan menghormati hak rakyat di Sabah dan Sarawak. ​​​​​​​

​​​​​​​Pada majlis itu, Abdul Rahman mengumumkan peruntukan RM2.9 juta bagi pembinaan bangunan baharu SJKC Good Shepherd bagi memberi ruang kepada Gereja Katolik Good Shephard bersebelahannya diperbesarkan.

Menurut guru besar sekolah itu, Tan Lee Lee, keadaan sekolah berkenaan yang sudah berusia 90 tahun, kini semakin uzur dan tidak mengizinkan pelajar untuk mengikut pelajaran dalam keadaan selesa.

“Sejak 10 tahun lepas, kami telah mengumpul kira-kira RM5 juta daripada masyarakat setempat dan melalui bantuan kerajaan, tetapi masih kekurangan RM2.9 juta.

“Kini, kami boleh jadikan impian kami untuk mempunyai sebuah sekolah baharu suatu kenyataan dan kami menjangka, bangunan baharu itu nanti mampu menampung tambahan 20 atau 30 peratus kepada jumlah pelajar sekarang,” katanya, sambil menjelaskan bahawa sekolah itu kini mempunyai 432 pelajar.

Tapak baharu seluas satu hektar itu, yang terletak di Kampung Rampayan, kira-kira 500 meter dari lokasi sedia dan berukuran dua kali lebih besar daripada yang ada sekarang, diberi kerajaan negeri.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13188

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8103

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news