PUTRAJAYA – Semua saman Sistem Penguat Kuasaan Automatik (AES) sejak 2012 bernilai RM435 juta akan dibatalkan serta-merta
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1 September ini.
Katanya, langkah itu dilaksanakan selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pemgendali sistem AES yang tamat pada 31 Ogos ini.
“Kerajaan telah ‘berkorban’ untuk tidak mengutip saman AES ini maka semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai telah dibatalkan.
“Jumlah saman adalah sebanyak 3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka semua jumlah adalah RM435 juta,” katanya selepas menyempurnakan Kempen Kibar Jalur Gemilang Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.