Sampaikan maklumat betul mengenai insiantif baharu penyukatan tanah ncr 0 7909

Sampaikan maklumat betul mengenai inisiatif baharu penyukatan tanah NCR

SETIAP ketua masyarakat dan ketua kaum perlu memainkan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat yang betul mengenai inisiatif baharu penyukatan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Datuk Amar Jamilah Anu berkata, penerangan yang tepat mengenai inisiatif ini amat penting bagi mengelak sebarang kekeliruan.

Sehubungan itu katanya, Forum Kanun Tanah seperti pada hari ini merupakan pendekatan yang dilakukan dalam membantu ketua masyarakat dan ketua kaum untuk tujuan berkenaan.

“Melalui forum ini, wakil-wakil daripada Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak, Jabatan Peguam Besar Sarawak dan agensi lain boleh menjelaskan tentang undang-undang kanun tanah kepada ketua masyarakat dan ketua kaum agar lebih difahami.

“Dan seterusnya mereka (ketua masyarakat dan ketua kaum) menyampaikan maklumat tersebut kepada penduduk kampung di kawasan masing-masing,” katanya ketika berucap merasmikan Forum Kanun Tanah (Pindaan) 2018 Peringkat Daerah Lundu di Dewan Mahligai Gading, Lundu di sini, baru-baru ini.

Jamilah menambah, keperluan mengetahui tentang tanah Pemakai Menua dan Pulau Galau (PMPG) atau dikenali sebagai Domain Kawasan Peribumi (NTD) dan tanah NCR juga penting untuk dijelaskan kepada rakyat.

Sementara itu, beliau memberitahu bahawa peruntukan dalam Belanjawan Negeri 2020 bagi tujuan penyukatan tanan NCR dan NTD turut merangkumi kawasan di daerah Lundu.

“Kerja-kerja penyukatan perimeter tanah NCR ini sangat penting bagi membolehkan kerajaan negeri mengeluarkan geran hak milik tanah kepada pemiliknya,” katanya.

Seramai 100 orang terdiri daripada ketua masyarakat dan ketua kaum menyertai forum tersebut yang turut dihadiri Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani, wakil Peguam Besar Negeri Sarawak Hisyamudin Roslan, Pegawai Tadbir Tanah JTS Sarawak Emmy Zurina Omar serta tetamu kehormat lain. – UB

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news