Sarawak tidak setuju halalkan tanam ketum 0 8112

BETONG: Kerajaan Sarawak tidak bersetuju dengan cadangan Kerajaan Pusat yang mahu membenarkan penanaman ketum bagi tujuan perubatan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata penggunaan daun ketum boleh menimbulkan ketagihan dan khayal dalam kalangan penggunanya seperti yang berlaku terhadap mana-mana penagih dadah.

“Apabila Kerajaan Pusat bertindak menghalalkan penanaman pokok daun ketum di negara ini, maka rakyat secara tidak langsung akan menanam tumbuhan itu secara besar-besaran di tanah mereka sendiri.

“Bagi saya, ketum dan dadah adalah sama bahayanya. Jika penanamannya dihalalkan, maka tidak mustahil isu penyalahgunaan ketum akan berlaku dalam kalangan rakyat di negara ini pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung isu penyalahgunaan dadah pada Program Today For Tomorrow Betong Sesi Townhall ‘Berambeh Ngan CM Abang Jo’ di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Muda Belia dan Sukan, Datuk Snowdan Lawan; Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Sri Fadillah Yusof; Ahli Parlimen Betong, Datuk Robert Lawson Chuat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Gerald Rentap Jabu; ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam; ADUN Machan, Allan Siden Gramong dan ADUN Beting Maro, Razaili Gapor.

Abang Johari berkata, beliau masih belum menetapkan pendirian berhubung isu ketum kerana ia dianggap sebagai bahan mentah untuk menghasilkan dadah.

“Isu ini menimbulkan rasa dilema dalam kalangan rakyat. Bagaimanapun, saya bersetuju jika satu kajian dilakukan bagi menyelesaikan hal penanaman pokok daun ketum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat seharusnya membuat lebih banyak promosi penjagaan kesihatan diri tanpa perlu membabitkan penggunaan ketum dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Jangan guna ketum untuk tujuan perubatan. Sebaliknya, kita haruslah menjaga tabiat makan dan kebersihan untuk menggelak diserang penyakit dan melakukan aktiviti kesihatan di kawasan masing-masing,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13012

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news