Sarawak dan China bina loji penapisan minyak dan gas di Lawas 0 6678

DAHULU Sarawak pernah mempunyai loji penapisan minyak dan gas sendiri yakni di Lutong, Miri namun sayangnya setelah beberapa dekad ianya tiada lagi. Sejak itu walau menjadi negeri pengeluar hasil minyak dan gas utama di Malaysia, tiada kelibat ura-ura untuk membinanya semula di Sarawak sehinggalah sekarang.

Hari ini yakni 10hb Jun 2019 menyaksikan satu kronologi bersejarah telah dicatatkan oleh Kerajaan Sarawak yang dipimpin oleh Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari yakni langkah pertama bagi merealisasikan impian untuk mempunyai loji penapisan di bumi Sarawak sendiri. Satu Memorandum of Understanding (MOU) telah dimeterai antara Sarawak dan Syarikat Beijing BECA Sdn Bhd dan SINOPEC Engineering Incorporation yang akan membuat pelaburan sebanyak USD 5 billion bagi membina satu loji penapisan minyak dan gas di wilayah utara Sarawak iaitu Lawas.

Dengan terbina loji ini kelak sudah tentu akan menyediakan peluang pekerjaan serta meningkatkan ekonomi penduduk di wilayah utara Sarawak terutama sekali Limbang dan Lawas. Projek ini dijangka siap sepenuhnya menjelang tahun 2022.

-RP-

#SarawakDiutamakan

Kredit gambar: TVSarawak.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13940

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13098

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news