Sharifah Hasidah: Rundingan MA63 Berjalan Lancar, Positif 0 5745

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata rundingan mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sedang berjalan dengan lancar dan positif.

Katanya, rundingan akan terus dilaksanakan sehingga Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan mencapai satu persetujuan.

“Jadi apa-apa yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan kita bawa ke meja perundingan di Kuala Lumpur di dalam jawatankuasa pemandu.

“Setakat ini memang dalam perundingan dan secara amnya adalah positif dan baik sekali. Ketua Menteri juga gembira dengan perkembangan dan rundingan yang sedang berlaku,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Demak Jaya, Petra Jaya malam tadi.

Ditanya tempoh diperlukan untuk mendapatkan keputusan, Sharifah Hasidah memberitahu pihaknya akan cuba menyelesaikan rundingan itu secepat yang mungkin.

Katanya, rundingan perlu mengambil sedikit masa walaupun sebelum ini telah dipersetujui proses rundingan akan dibuat dalam tempoh enam bulan sejak Disember 2018.

“Rundingan kadang-kadang mengambil masa dan banyak perkara-perkara lain yang perlu dibincang dan dilihat secara mendalam. Namun ianya berjalan dengan positif,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang itu lagi.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Openg dan isteri Datuk Amar Juma’ani Tunku Bujang antara tetamu yang berkunjung di majlis terbuka malam tadi. – Unit Komunikasi Awam Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13856

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13025

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news