Sarawak kuat kuasa Ordinan Minyak dan Gas pada Julai ini — Abang Jo 0 5562

KUCHING: Sarawak kini memiliki kawalan sepenuhnya ke atas pemberian hak prospek, penerokaan dan perlombongan di sempadan negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kawalan itu dilakukan mengikut kuasa yang termaktub dalam Perkara 1(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Untuk itu, bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak, iaitu Kerajaan Negeri dan Persekutuan, kerjasama kedua-duanya perlu terus diperkukuh.

“Ini untuk memastikan hak-hak Negeri yang termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan dihormati dan dipatuhi,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian “Industry Engagement on Implementation of Oil Mining Ordinance and Distribution of Gas Ordinance in Sarawak” di sini sebentar tadi.

Jelasnya, pelarasan peraturan ini akan memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar Sarawak, seterusnya menyumbang kepada ekonomi negeri.

“Ia juga akan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup rakyat Sarawak dan akan disalurkan untuk meningkatkan kemahiran, pendidikan dan produktiviti negeri.

Menjelang Julai depan, kata Ketua Menteri, setiap entiti yang terlibat dalam prospek penerokaan dan perlombongan petroleum dan pengedaran gas di negeri ini dikehendaki mematuhi semua undang-undang Sarawak, termasuk yang berkaitan dengan penggunaan dan pendudukan tanah.

“Mereka perlu memperoleh lesen, permit, pajakan dan kelulusan di bawah Ordinan Perlombongan Minyak 1958, Ordinan Pengedaran Gas 2016 dan Kanun Tanah.

Sarawak tegasnya, akan menggunakan kuasa yang dimilikinya untuk melakukan kawal selia secara yang tidak akan menjejaskan kepentingan dan pelaburan mereka yang telah beroperasi di Sarawak.

“Pemain industri minyak dan gas perlu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang ini.

“Kita malah akan memastikan bahawa dalam penguatkuasaan undang-undang ini, kita akan berlaku adil dan kondusif untuk meningkatkan keyakinan pelabur dalam industri.

Kerajaan Negeri akan terus menyalurkan maklumat terkini kepada Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensinya manakala langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam mengawal selia industri minyak dan gas akan mematuhi undang-undang yang ada.

Abang Johari turut memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri tidak akan menceroboh kawasan yang berada di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, sebaliknya akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan serta Petronas untuk memastikan industri minyak dan gas terus berkembang di Malaysia dan menyumbang kepada kejayaan ekonomi negara.

“Saya percaya, para peserta industri tahu yang Kerajaan Negeri Sarawak sentiasa mesra pelabur dan pelaburan, justeru mengalu-alukan penyertaan asing di perairan wilayah negeri ini.

“Sebagai contoh, Shell Company Ltd telah wujud selama berabad-abad di pantai kami dan tidak benar bahawa Petronas menjual kedaulatan negeri ini kepada syarikat asing.

“Menyentuh perkara ini, saya memberi jaminan bahawa pentadbiran saya tidak akan mengorbankan seinci pun kedaulatan negara ini kepada pihak luar,” tegasnya lagi.

Turut hadir menteri-menteri Kabinet Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Mohd Morshidi Ghani. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13517

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8151

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news