Sarawak labur RM10 juta beli kapal terbang kargo khas 0 5697

LUNDU: Sarawak melabur hampir RM10 juta bagi pembelian sebuah kapal terbang kargo khas untuk tujuan mengeksport produk tani dan makanan segar dari negeri.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kapal terbang kargo khasitu mampu membawa muatan tiga3 tan bagi setiap penerbangan.

“Pembelian kapal terbang kargo khas ini adalah pelaburan kerajaan negeri untuk para petani dan peladang kita.

“Dengan adanya kapal terbang kargo khas ini, kita akan dapat mengeksport produk tani kita terus kepada pengimport seperti Singapura dan lain-lain negara pengimport, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Program Road To MAHA 2018 di Tebingan Lundu di sini hari ini.

Tambah Abang Johari, bagi memenuhi permintaan pasaran Singapura yang berkehendakkan sayur segar, kerajaan negeri juga akan membuka sebuah pejabat di negara tersebut.

Pejabat pertanian dan pelancongan ini katanya akan mula beroperasi pada Januar 2019 dibawah satu bumbung.

“Kerajaan negeri akan transform sektor pertanian di negeri ini menggunakan teknologi.

“Kita akan melabur banyak untuk pertanian tetapi jika semua perancangan lancar Sarawak akan menjadi pengeluar utama makanan pada tahun 2030,” katanya.

Bercakap mengenai program tersebut, Sarawak iaitu Lundu dipilih sebagai lokasi pertama bagi pameran ini yang akan diadakan di negeri-negeri lain sehingga kemuncak pada November ini di Dewan MAEPS Serdang.

Selain mempromosikan MAHA 2018, program ini juga salah satu program turun padang Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk bertemu dengan para petani, nelayan, penternak dan peladang. Pada program itu hari ini, Abang Johari turut menyampaikan Geran IKC (In Kind Contribution) berjumlah RM2.247 juta kepada seramai 138 orang penerima dari pelbagai bidang pertanian.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Anthony Nogeh Gumbek serta yang lain. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news