Sarawak pertimbang wujudkan kawasan perumahan kakitangan awam 0 6163

KERAJAAN Negeri Sarawak akan mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan kawasan perumahan untuk kakitangan awam negeri serta kakitangan awam persekutuan yang berkhidmat di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia (Cuepacs) mengenai cadangan itu.

“Kita akan bincang dan kenal pasti beberapa tempat, selain mendapatkan input mengenai senarai pegawai awam persekutuan yang bertugas di negeri ini yang mahu membeli rumah. Kita bangunkan rumah yang berpatutan, umpamanya di kawasan Kemuyang, Sibu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pejabat Cuepacs negeri Sarawak di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kawasan perumahan itu nanti dicadangkan untuk dibangunkan di luar kawasan Kuching.

“Kita akan teliti dahulu kerana kerajaan negeri sedang membuka kawasan baharu dengan akses jalan raya baharu, kita akan lihat di mana ada tanah yang boleh kita pertimbangkan untuk dibangunkan kawasan perumahan. Apapun tunggu dahulu, kita buat perancangan terlebih dahulu,” katanya. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13012

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news