Sarawak sedia dana ukur tanah adat bumiputera – Abang Jo 0 6711

Kerajaan Sarawak membuat keputusan untuk menyediakan dana bagi kerja mengukur sempadan Tanah Adat Hak Bumiputera berikutan tiada peruntukan disediakan kerajaan persekutuan bagi tujuan itu semasa pembentangan Belanjawan 2019 pada Jumaat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata jumlah dana bagi urusan itu akan diumumkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas tidak lama lagi dan beliau berharap pemilik tanah akan terus memberi kerjasama bagi memastikan kerja mengukur tanah berkenaan berjalan lancar.

“Negeri akan mengambil alih kerja mengukur NCR,” katanya pada majlis penutup Simposium Kebudayaan Orang Ulu ketujuh di Dewan Suarah Miri di Sarawak hari ini.

Untuk rekod, dalam Belanjawan 2018, RM30 juta diperuntukkan kepada Sarawak dan RM20 juta kepada Sabah untuk kerja memeta dan mengukur tanah NCR di dua negeri itu.

Menyentuh tentang insentif bagi bayi yang dilahirkan di Sarawak tahun depan, Abang Johari berkata butiran terperinci berkaitan insentif itu akan diumum semasa pembentangan Belanjawan Negeri 2019 di Dewan Undangan Negeri Sarawak esok pagi.

“Rakyat Sarawak tanpa mengira latar belakang sosial, agama dan kaum akan mendapat insentif ini,” katanya sambil menjelaskan bahawa insentif berkenaan boleh ditarik balik apabila seseorang anak itu mencapai usia 18 tahun.

Pusat Kebudayaan Orang Ulu

Pada majlis sama, Johari mengumumkan pemberian peruntukan RM35 juta kepada Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia (Forum) bagi melaksanakan dua projek baharunya berikutan resolusi yang dicapai pada simposium itu.

Beliau berkata RM25 juta akan diberi bagi pembinaan Pusat Kebudayaan Orang Ulu (OUUC) di Bandaraya Miri seperti yang dicadangkan Forum.

“Saya berharap, pembinaan pusat kebudayaan itu akan menjadi kenyataan dalam masa dua tahun lagi,” katanya sambil menambah bahawa RM10 juta akan disediakan bagi penubuhan Dewan Perniagaan dan Perusahaan Orang Ulu (OUCCI).

Terdahulu, presiden Forum Antonio Kahti Galis berkata lapan resolusi, termasuk memohon dana daripada kerajaan negeri bagi pembinaan OUUC dan cadangan penubuhan OUCCI dipersetujui pada simposium itu.

Katanya, bagi OUUC, kerajaan negeri telah meluluskan tanah seluas dua hektar di Miri bagi pembinaannya.

– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13164

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12630

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news