Bayi yang lahir di Sarawak akan di beri RM1000 bermula 2019 0 14382

Kuching: KERAJAAN Sarawak telah memperuntukkan RM40 juta bagi polisi terbaharu Sarawak iaitu setiap bayi Sarawakian yang dilahirkan bermula tahun hadapan akan diberikan simpanan sebanyak RM1,000.

Ianya diberi kepada anak-anak Sarawak tanpa mengira latarbelakang kaum, agama dan politik. Ianya hanya dapat dikeluarkan apabila mereka berusia 18-tahun dimana apabila mereka memerlukan wang tersebut khususnya bagi pembelajaran mereka.

Jumlah ini berdasar kajian jumlah bayi pada tahun sebelumnya.. – Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Haji Johari Tun Abang Haji Openg pada Pembentangan Bajet Sarawak 2019 di DUN Sarawak sebentar tadi.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news