Sarawak tidak ada hak keluar Malaysia 0 6226

KUCHING: Sarawak dan Sabah tidak ada hak keluar Malaysia.

Ini sekurang-kurangnya bersandarkan dokumen sejarah dan undang-undang tertinggi negara.

Menurut Perdana Menteri, tidak ada peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 atau Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Sabah dan Sarawak berbuat demikian.

Tegas Tun Dr Mahathir Mohamad, hak untuk memisahkan diri dari Malaysia juga tidak terkandung dalam terma pembentukan Malaysia pada 1963, seperti yang dapat dilihat dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Kenyataan itu dibuat Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Ahli Parlimen Lanang Alice Lau di Dewan Rakyat, semalam.

Kebelakangan ini terdapat segelintir kumpulan tertentu mahu mendesak diadakan referendum, tetapi seruan itu dilihat tidak menepati aspirasi majoriti 2.8 juta rakyat Sarawak, dan jelas dapat merosakkan keutuhan persekutuan Malaysia.

Bagi Ketua PKR Sarawak, Baru Bian mengeluarkan Sarawak dari Persekutuan Malaysia ialah langkah ‘sukar daripada segi undang-undang.’

“Sukar dari segi undang-undang, tetapi ini pandangan saya. Ia tidak mudah,” katanya seperti dipetik Free Malaysia Today enam hari lalu, sambil menambah tidak ada undang-undang yang membolehkan sesebuah negeri menarik diri daripada Persekutuan. – SarawakVoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13004

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12477

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news