Tiada undang-undang sekat bincang keluar Malaysia – Voon Lee Shan 0 5864

KUCHING: Tiada kes di Sarawak diputuskan di mahkamah setakat ini dalam menentukan perbincangan atau ceramah ke arah pemisahan Sarawak daripada Malaysia sebagai satu kesalahan di bawah Akta Hasutan, kata Presiden Parti Bumi Kenyalang Voon Lee Shan.

Menurutnya, istilah hasutan tidak dijelaskan di dalam Akta Hasutan 1948 dan oleh yang demikian apa yang dianggap menghasut sangat subjektif.

“Kita perlu berpandukan kes-kes yang sudah diputuskan (mahkamah). Dengan rendah hati, berdasarkan undang-undang sedia ada yang menjadi panduan, saya bersedia untuk diperbetulkan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menjelaskan lagi, Perlembagaan Persekutuan Malaysia juga tidak menyentuh mengenai hak berbicara tentang keluar daripada Malaysia.

Jika tidak wujud larangan ditulis dalam undang-undang, maka sesuatu tindakan adalah sah.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di Parlimen baru-baru ini.

Dr Mahathir dalam laporan The Borneo Post hari ini dipetik berkata Akta Hasutan boleh diguna pakai sekiranya usaha membawa keluar Sarawak dari Malaysia memudaratkan ketenteraman dan keselamatan awam.-Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12930

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12217

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news