Lapan lelaki ditahan kerana bergaduh di perkarangan Balai Polis di Lutong 0 8136

Miri: 8 orang lelaki ditahan polis sekitar jam 6 petang semalam kerana bergaduh di kawasan perkarangan Balai Polis Lutong.

Menurut info awal kesemua ditahan berusia 19 sehingga 38 tahun. Kesemua lelaki tersebut telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana merusuh dan berkelakuan tidak senonoh.

Difahamkan sebelum itu kesemua individu terbabit sudah dinasihatkan untuk beredar dari membuat kecoh. Baimanapun kesemua lelaki tersebut  masih berdegil, agresif malah berlagak samseng.

Tindakan kesemua mereka memakan diri apabila semua mereka ditahan polis dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri.

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13156

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12626

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news