Sarawak tutup pintu untuk pelampau 0 5624

KUCHING: Kuasa Imigresen akan terus digunakan bagi menghalang individu berfahaman pelampau atau ekstremis dari Semenanjung memasuki Sarawak.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, beliau akan menggunakan kuasanya untuk melaksanakan undang-undang itu.

“Pihak Imigresen akan meneliti senarai mereka yang dikenal pasti pelampau dan akan memaklumkan larangan masuk kepada individu terbabit,” katanya ketika merasmikan Program Aprisiasi Rukun Tetangga 2018, di Pusat Konvensyen Penview (PCC) di Demak Laut, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kuasa Imigresen itu penting bagi menghalang pelampau masuk kerana dikhuatiri akan menyebarkan fahaman yang boleh merosakkan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Keharmonian masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri ini sudah cukup baik, sebab itu kita tidak mahu ia digugat oleh mereka yang berfikiran pelampau.

“Kita dapat lihat apa yang berlaku di Semenanjung apabila muncul seorang dua yang berfahaman pelampau, mencetuskan banyak isu perkauman dan keagamaan, contohnya dalam isu kedai dobi,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mahu penduduk negeri ini supaya terus mengukuhkan perpaduan yang terjalin sejak sekian lama. -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13860

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8169

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news