Sekarang saya dah tak boleh tangkap orang sesuka hati–Dr M 0 3126

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sekarang terikat dengan manifesto Pakatan Harapan dan tidak boleh berbuat sesuka hati.

“Saya kena ikut manifesto yang ditetapkan oleh gabungan (Pakatan Harapan).

“Saya tidak bebas buat apa yang saya suka kerana terikat dengan tanggungjawab menjalankan keputusan gabungan, dan gabungan ini telah memutuskan kita kembali pada demokrasi,” katanya.

Mahathir berkata demikian dalam wawancara dengan Al Jazeera.

Media antarabangsa itu antaranya bertanya sama ada beliau mahu menggunakan pendekatan keras seperti pernah dilakukan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika menjadi perdana menteri kali pertama.

Ketika itu, kata Al Jazeera, timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini menjadi sekutu politik, sendiri disumbat ke penjara.

Mahathir bagaimanapun menegaskan Malaysia akan kembali kepada kedaulatan undang-undang.

“Hari ini saya tidak boleh buat keputusan sendiri untuk tangkap orang,” katanya.

Mahathir bagaimanapun berkata pentadbirannya sebelum ini tidak pernah menggunakan kuasa secara rawak, sebaliknya mesti mempunyai sebab tertentu. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15404

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news