Selepas LRT, Petros, Abg Johari umumkan satu lagi projek penting Sarawak pada Oktober 0 5464

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengulang semula komitmen beliau mendapatkan dana besar untuk Sarawak antaranya bertujuan bagi membangunkan Transit Aliran Ringan (LRT).

“Pembangkang kata saya ‘hot air’ dengan perancangan kita membina sistem LRT,”

Abang Johari berkata, pembinaan LRT mengambil masa lapan tahun “dan kita akan mendapatkan dana kita sendiri untuk LRT ini yang menelan kos RM11 bilion.”

“Saya beri jaminan mendapatkan pendapatan tambahan untuk Sarawak dan mengembalikannya kepada negeri ini,” ujar beliau.

Berucap pada perasmian Program Sejiwa Senada di Dataran Bandar Baru MJC Batu Kawa Abang Johari mengaku Sarawak telah mengambil alih 25 peratus ekuiti Malaysia LNG Tiga Sdn Bhd (MLNG Tiga).

Foto : Page Dr Sim Kui Hian

Pengambilan ini membawa maksud bahawa Sarawak mempunyai pendapatan tambahan RM2 bilion setahun daripada dividen MLNG Tiga.

Menurut beliau, selain pendapatan tambahan MLNG Tiga, Sarawak turut berupaya menjana pendapatan daripada penglibatannya dalam industri minyak dan gas.

Menurut Abang Johari, Sarawak mempunyai hak dalam undang-undang seperti termaktub dalam Perlembagaan ke atas sumber minyak dan gas yang terdapat di negeri ini.

Beliau berkata, sudah tidak perlu lagi bertelagah pasal agihan dalam jumlah peratus kerana sudah sampai masanya Sarawak sendiri terjun menyertai industri minyak dan gas ini secara aktif.

“Penyertaan kita dalam industri ini akan menjana lebih banyak pendapatan untuk kita bangunkan keperluan rakyat,” katanya.

Abang Johari sekali lagi membuat kejutan pada majlis tersebut berjanji mengumumkan satu lagi projek penting yang mahu beliau laksanakan untuk Sarawak pada Oktober kelak. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13533

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news