Sembilan lelaki ditahan terbabit judi sabung ayam 0 6138

BINTULU: Sembilan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan judi sabung ayam diberkas di kawasan hutan berhampiran sebuah penempatan setinggan di Jalan Tanjung Kidurong di sini, pada Sabtu.

Serbuan itu dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah serta Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu sekitar 4.45 petang.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, kesemua lelaki termasuk seorang warganegara asing yang ditangkap dalam Op Dadu itu berumur antara 27 hingga 60 tahun.

“Turut dirampas ketika serbuan ialah tiga ekor ayam jantan yang telah mati, lima ekor ayam jantan hidup, wang tunai RM152, papan tulis dan alat penimbang,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek yang ditangkap mengikut Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan dan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962 itu kini ditahan reman sehingga 14 Mei ini.

“Sabit kesalahan, hukuman denda maksimum yang dikenakan adalah berjumlah RM1,000 atau penjara tiga bulan.

“Seorang lelaki warga asing turut disiasat di bawah seksyen 6(1)(c ) Akta Imigresen 1959/63,” tambahnya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13010

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12485

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news