Pemain City sudah terbayang julang trofi EPL 0 115

AYMERIC Laporte sudah terbayang dirinya menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Manchester City.

Laporte berharap City bergelar juara pada malam ini ketika pasukannya berkunjung ke Brighton untuk aksi penutup tirai musim ini.

Anak buah Pep Guardiola mendahului Liverpool dengan hanya satu mata.

Mereka akan mengesahkan kejuaraan musim ini jika menang di Stadium Amex.

“Ia aksi penutup musim, jadi saya amat teruja untuk menamatkan perlawanan malam ini dengan permainan terbaik dan menjadi juara EPL semula,” katanya.

Pemain pertahanan itu juga berharap memenangi lebih banyak lagi trofi dibawah pimpinan Guardiola di Etihad.

“Saya rasa semakin hari semakin meningkat sepanjang setahun setengah beraksi di sini.

“Bagi saya dia salah seorang pengurus terbaik di dunia, jadi saya amat gembira beraksi dibawahnya,” kata pemain berusia 24 tahun itu. – Dailystar.co.uk

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lucas jadi hero, bawa Spurs ke perlawanan akhir jumpa Liverpool 0 138

Pemain dari Brazil, Lucas Moura menjadi hero dan penyelamat Tottenham Hotspur apabila melakukan hatrik untuk bangkit menewaskan Ajak Ajax Amsterdam 3-2 sebentar tadi.

Separuh masa pertama peluang Ajak untuk melakukan kejutan agak mustahil apabila ketinggalan 0-2 kepada Ajax hasil jaringan M. de Ligt dan H. Ziyech pada minit yang ke 5′ dan 35′

Namun di separuh masa kedua, Spurs bangkit apabila Lucas menjaringkan dua dalam tempoh 4 minit iaitu pada minit yang ke 55’dan 59′. Dua jaringan tersebut telah menjadikan kedudukan 2-2. Namun Spurs masih kalah dari segi agregat iaitu 3-2 selepas tewas 1-0 pada perlawanan pertama di tempat sendiri.

Ketika perlawanan mahu tamat dan penyokong Ajax sudah mulai meraikan kemenangan dan kemaraan Ajax ke perlawanan akhir, muncul Lucas sekali lagi menjaringkan gol yang tidak terduga hasil serangan pantas.

Dengan kemenangan tersebut Spurs akhirnya menarik nafas lega dan kini mencipta sejarah mara ke perlawanan akhir Liga Juara Eropah untuk berjumpa Liverpool. Spurs layak dengan aggergat 3-3 berdasarkan peraturan gol ditempat lawan. – Kanek Miak Sarawak

Spread the news

Messi ditinggalkan di Anfield 0 199

LIVERPOOL 8 Mei – Bas pasukan Barcelona tidak menunggu Lionel Messi, sebaliknya berlepas meninggalkan Anfield tanpa penyerang Argentina itu sejurus selepas tewas kepada Liverpool dalam Liga Juara-Juara, hari ini.

Messi mengalami mimpi ngeri apabila Barcelona tersingkir secara agregat 4-3 selepas Liverpool mempamer kebangkitan hebat 4-0.

Juara La Liga itu tiba di Anfield bersama keyakinan tinggi apabila menang selesa 3-0 di Camp Nou, minggu lalu.

Messi, 31, diminta menjalani ujian doping sejurus tamat perlawanan, dan menurut stesen TV El Chiringuito, proses tersebut mengambil masa yang lama.

Bas yang membawa pasukan Barcelona memutuskan untuk berlepas ke lapangan terbang ketika Messi masih berada di Anfield.

Menurut El Chiringuito lagi, selepas selesai memberi sample urin, Messi akhirnya dibawa menaiki kenderaan lain untuk menyertai rakan-rakannya di lapangan terbang.

Messi juga melangkah ke zon bebas (zon media) lewat daripada rakan-rakan sepasukannya, namun dia enggan mengeluarkan sebarang komen tentang kekalahan pasukannya.

Dua jaringan Georginio Wijnaldum dan dua gol Divock Origi melengkapkan kebangkitan hebat Reds, sekali gus meletakkan mereka pada landasan memburu kejuaraan keenam.

Liverpool kini bakal berdepan pemenang di antara Ajax atau Tottenham dalam final di Madrid pada 2 Jun (3 pagi waktu Malaysia). – AGENSI

Spread the news
DON’T MISS OUT!
Subscribe To Newsletter
Be the first to get latest updates and exclusive content straight to your email inbox.
Stay Updated
Give it a try, you can unsubscribe anytime.
close-link