Sembilan wakil rakyat GPS sertai PRIBUMI, berita palsu 0 5620

KUCHING: Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri James Jemut Masing hari ini menafikan laporan akhbar tabloid mengatakan dua wakil rakyat dari parti itu ‘Parti Pribumi Sarawak’ (PRIBUMI).

“Ini hanyalah palsu. Jangan terlalu memberi tumpuan atau mempercayai media sosial sebagai sumber berita kerana belum sahih kebenarannya, ia kemungkinan besar berita palsu,” tegasnya kepada Utusan Borneo.

Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan percaya wakil-wakil rakyat PRS kekal setia kepada parti serta Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Ya, YB-YB Parti Rakyat Sarawak akan setia kepada GPS,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) , Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah turut mengatakan laporan akhbar tabloid itu hanyalah khabar angin oleh pihak yang hendak memecah belah rakyat Sarawak.

“Ini adalah kerja orang gila. Rakyat termasuk di Sarawak sudah bijak pandai sekarang ini. Bukan seperti rakyat dalam tahun 1963 yang mudah ditipu oleh janji-janji kosong,” katanya.

Laporan akhbar tabloid berkenaan memetik jurucakap PRIBUMI sebagai berkata, kini sembilan sembilan wakil rakyat GPS bersedia menyertai parti itu selepas tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) GPS menyatakan hasrat sama.

Jurucakap PRIBUMI itu menambah daripada jumlah keseluruhan itu, tujuh adalah wakil rakyat didakwa dari PBB manakala dua lagi dari PRS.

Beliau turut mendakwa tindakan sembilan wakil rakyat terbabit disebabkan hilangnya keyakinan terhadap kepemimpinan tertinggi GPS, khususnya PBB yang menguasai pentadbiran kerajaan negeri.

“Lebih 50 tahun mentadbir Sarawak, PBB didapati gagal dan semakin lemah. Jadi, enam Ahli Parlimen dan tiga ADUN sudah bersedia untuk ‘berhijrah’ dan menyertai PRIBUMI sebagai wadah baharu perjuangan mereka.

“Satu hari yang sesuai akan tiba bagi mengumumkan penyertaan mereka ke dalam PRIBUMI,” katanya yang dipetik sebagai berkata, hari ini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15398

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8418

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news