Perkahwinan bawah umur mungkin dianggap jenayah 0 5592

PARIT BUNTAR: Undang-undang yang menetapkan lelaki berumur 18 tahun dan perempuan 16 tahun yang ingin berkahwin perlu mendapatkan kebenaran mahkamah serta ketua menteri atau menteri besar mungkin ditiadakan pada masa akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata cadangan itu bagi membuka ruang kepada era baharu undang-undang perkahwinan di negara ini iaitu dengan mengharamkan perkahwinan bawah umur.

“Kami mencadangkan pada masa hadapan syarat-syarat ini ditiadakan atau dengan kata lain mengharamkan perkahwinan bawah umur yang ditetapkan oleh undang-undang dan boleh dianggap satu jenayah jika mana-mana warganegara tidak mematuhi had umur.

“Haram itu bukan haram daripada segi hukum (syarak) tapi daripada segi pentadbiran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Trip Silaturahim Memikat Merbuk dan Tekukor di Tanjung Piandang dekat sini, semalam.

Bagaimanapun, Mujahid mengakui isu perkahwinan bawah umur itu adalah sesuatu yang sensitif kerana ia turut melibatkan adat dalam kalangan masyarakat terutama di Sabah dan Sarawak.

“Di Sabah dan Sarawak ada yang mengahwinkan anak mereka di bawah umur. Dari segi Islam juga ada pandangan kahwin bawah umur itu sesuatu yang harus dengan kata lain tidak boleh kata tidak boleh,” katanya.

Menjelas lanjut, Mujahid berkata ulama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pakar perundangan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan pertemuan setiap bulan bagi membincangkan isu perkahwinan bawah umur mengikut perspektif Islam.

“Perbincangan itu juga adalah untuk melihat sejauh mana tanggungjawab kerajaan boleh campur tangan (dalam perkahwinan bawah umur) untuk kepentingan dan maslahat umum,” katanya.

Isu perkahwinan bawah umur timbul selepas seorang lelaki berumur 41 tahun berkahwin dengan seorang budak perempuan berumur 11 tahun di Gua Musang, Kelantan pada Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Mujahid berkata Rang Undang-undang Suruhanjaya Harmoni dan Perdamaian dijangka dibentangkan di Parlimen tahun depan sebagai antara usaha untuk melindungi semua agama daripada dihina.

“Draf (rang undang-undang) itu perlu dibincangkan dan mendapat kelulusan pejabat Peguam Negara, kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) isedang bekerjasama dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, untuk menaikkan had umur perkahwinan dalam semua undang-undang berkaitan kepada 18 tahun.

Kementerian berkata ini akan melibatkan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) I984, Ordinan Undang-undang Keluarga Islam (Sarawak) 2001, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam setiap Negeri, Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, dan undang-undang adat kumpulan etnik di Sarawak.

Kerajaan juga mengalu-alukan pengumuman yang dibuat tepat masanya oleh Majlis Agala Islam Selangor (MAIS) mengenai cadangan menaikkan had umur berkahwin untuk remaja perempuan Islam kepada 18 tahun.

“Inisiatif serupa diharap diterajui oleh semua negeri ke arah penyeragaman had umur minimum untuk berkahwin di Malaysia,” kata KPWKM dalam satu kenyataan di sini semalam. — Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13465

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8145

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news