Senapang dan pistol dirampas di taman tema Kota Sentosa 0 6992

KUCHING: Sebuah taman tema di Kota Sentosa, di sini diserbu dan 17 senjata menyerupai senapang dan pistol dirampas dalam satu operasi sekitar jam 3.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang dipercayai pemilik premis turut ditahan dalam serbuan tersebut untuk siasatan lanjut.

“Kesemua senjata yang menyerupai senapang AK47 dan pistol itu ditemui di belakang kaunter bayaran di mana siasatan mendapati ia disewakan dengan bayaran RM15 hingga RM25 seorang untuk permainan ‘Gel Blaster’.

“Setiap permain juga akan diberikan peluru berbentul gel yang direndam dalam air terlebih dahulu dengan jumlah anggaran 400 biji,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Siasatan awal mendapati suspek membeli senjata tersebut melalui online yang diimport dari China dengan anggaran harga RM350 hingga RM500 untuk barangan menyerupai senapang.

“Bagi senjata menyerupai pistol pula dibeli dengan anggaran harga RM100 hingga RM150,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12933

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news