Senarai barangan dikenakan SST akan dikaji dan dipinda akhir tahun ini – Lim 0 8037

BUTTERWORTH: Kerajaan akan mengkaji semula senarai barangan yang dikenakanCukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan pindaan senarai itu akan dibuat hujung tahun ini.Menteri Kewangan Lim Guan Eng (gambar) berkata pihaknya akan mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada rakyat berhubung senarai barangan itu dan kajian akan dibuat sama ada barangan itu perlu dikenakan cukai SST atau tidak.”

Senarai penuh sudah dimuat naik tapi kita perlu buat pindaan. Seperti yang saya sebut tadi bahawa kita kena laksanakan (SST) pada 1 Sept. Saya tidak ada pilihan,kalau ada masa kita nak bagi sikit masa kerana kalau kita tak laksanakan pada 1 September kita dalam keadaan defisit.

“Selepas kita dapat pandangan daripada orang ramai dan mereka buat permintaan,sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan dengar pandangan rakyat kita mesti ambil tindakan sewajarnya.

Jadi, kita akan buat lagi pindaan (senarai barangan) saya harap semua boleh bersabar,” katanya kepada pemberita selepas taklimat pelaksanaan SST bersama Menteri Kewangan, di sini semalam.

Beliau berkata terdapat beberapa barangan atau makanan yang sepatutnya tidak dikenakan SST disenaraikan sebagai barangan dikenakan cukai berikutan barangan itu diletakkan dalam satu kelompok yang sama.

“Masalahnya ialah semua jenis makanan import iaitu makanan laut import seperti abalone dan sebagainya harus dikenakan tapi kerana udang dilonggokkan dalam kumpulan sama, itu kita kena buat pindaan.

“Itulah kita buat kajian dan kita berkemungkinan akan keluarkan barangan yang digunakan baik untuk kita orang biasa makan. Kalau abalone mesti kena (cukai), yang lain-lain kita akan kaji dan kita akan lihat adakah kita akan kurangkan atau buat lebih daripada itu,” katanya.

Lim yang juga Anggota Parlimen Bagan mengakui terdapat kekeliruan berhubung pelaksanaan SST daripada pengguna yang tidak mengetahui sistem percukaianterbaharu itu.

Sebagai contoh, beliau berkata terdapat rungutan daripada pengguna yang makandi premis makanan dan restoran seperti restoran nasi kandar yang mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus.

Beliau berkata menerusi pelaksanaan SST, kerajaan telah menaikkan nilai ambang (threshold) sebanyak RM1.5 juta setahun bagi jualan restoran terbabit berbanding RM500,000 yang ditetapkan menerusi GST sebelum ini dan mana-mana restoran yang memperoleh jualan melebihi jumlah itu perlu mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus.

“Di sini saya harap pelanggan boleh faham mengapa ada (restoran) yang tidak perlu kutip (SST) dan ada yang kutip. Jangan salahkan pemilik restoran, mereka hanya jalankan tanggungjawab sebagai seorang warga peniaga yang bertanggungjawab iaitu mematuhi undang-undang.

“Saya juga ingin tegaskan kalau ada ‘service charge’ iaitu fi perkhidmatan itu bukan cukai. Itu ialah fi yang mereka bagikepada pelayan-pelayan mereka.

Dulu GST dikenakan ke atas ‘service charge’ tapi di bawah SST kita tidak kenakan, harap mereka jelas,” katanya.Dalam pada itu, Lim turut memberi jaminan kepada pembeli kad prabayar bahawa mereka akan menerima jumlah penuh sekiranya mereka tambah nilai kadprabayar telefon bimbit.

“Kami telah keluarkan arahan bahawa kita nak pastikan yang beli kad prabayar RM10 mereka akan dapat RM10. Cukai perkhidmatan enam peratus akan dikreditbalik kerana mereka sudah set dalam sistem cukai perkhidmatan.

“Itu masalah teknikal yang tidak sepatutnya berlaku tetapi telah berlaku dan kita akan ‘rebate’ balik akhirnya pembeli akan dapat nilai yang sama. Jadi, janganlah terperangkap dengan pihak yang juga menghasut bahawa telahdapat kurang dari RM10. Ini tidak akan berlaku,” katanya.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN 0 5437

COVID-19 tidak halang Sarawak adakan PRN

SIBU: Pandemik COVID-19 tidak akan menghalang Sarawak daripada mengadakan Pilihan Raya Negeri ke-12 mengikut undang-undang, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Masing hari ini.

Ketika ditanya mengenai kebimbangan dalam kalangan rakyat bahawa negeri ini akan menerima nasib yang sama seperti Sabah yang menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas mengadakan pilihan raya negeri pada 26 September lalu, beliau berkata pilihan raya itu masih boleh diadakan dengan syarat prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dengan ketat.

“COVID-19 adalah satu faktor tetapi ada negara yang mengadakan pilihan raya pada tempoh pandemik ini. Antaranya Singapura, Korea Selatan dan baru-baru ini, New Zealand.

“Mereka mengadakan pilihan raya tanpa masalah dengan syarat SOP dipatuhi dengan ketat,” katanya.

Masing yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara pecah tanah untuk Pakej A: Pembinaan dan Penyiapan Cadangan Jalan Sungai Bidut/Kampung Sebedil/Kampung Bungan Kecil di Bawang Assan hari ini.

“Kita tiada pilihan, jika kita tidak buat sekarang, selepas lima tahun (tempoh tamat) secara automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dibubarkan,” katanya dan menambah beliau tidak tahu apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pilihan raya ditangguhkan.

Beliau mengulangi bahawa sekiranya pilihan raya tidak diadakan, pada Jun tahun hadapan DUN akan dibubarkan dan Sarawak tidak akan mempunyai kerajaan.

“Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberi laluan kepada pilihan raya terletak kepada ketua menteri,” tambahnya.

Mengenai calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan bertanding di Bawang Assan pada pilihan raya negeri nanti, Masing berkata ia bergantung kepada calon yang ditentukan oleh Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan disokong Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS.

Masing berkata siapa pun calon, pengundi harus memberi sokongan penuh terhadap perubahan yang akan dilakukan di kawasan itu selepas mereka dipinggirkan begitu lama dari segi pembangunan infrastruktur.

Untuk GPS, kerusi Bawang Assan secara tradisionalnya diperuntukkan kepada SUPP dan penyandangnya kini adalah Presiden Parti Sarawak Bersatu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang dilaporkan akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya negeri akan datang.

Wong yang memenangi kerusi itu apabila bertanding buat pertama kali sebagai calon SUPP pada pilihan raya negeri 1996, tidak pernah kalah dan menang sekali lagi pada 2016 walaupun beliau meninggalkan SUPP kerana masalah dalaman dan membentuk Parti Rakyat Bersatu (UPP), sebuah parti mesra Barisan Nasional.

Sementara itu, mengenai projek jalan raya 21.7 kilometer (km) bernilai lebih RM104.5 juta, Masing berkata apabila siap pada November tahun hadapan, ia akan menghubungkan Kampung Tutus, Kampung Sebedil dan Kampung Bungan Kecil ke bandar Sibu.

Beliau berkata Pakej B projek itu akan membabitkan pembinaan jalan raya sepanjang 16 km dengan kos RM200 juta menghubungkan kawasan berkenaan dengan Jambatan Igan sejauh 1.38 km yang sedang dibina di Igan, Mukah bernilai RM285 juta. – BERNAMA – Berita Harian

Spread the news

Beri peluang PM selesai krisis pandemik 0 5413

Beri peluang PM selesai krisis pandemik

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu diberi masa untuk menyelesaikan krisis pandemik COVID-19 yang ketika ini melanda negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata selain krisis pandemik, negara ketika ini turut diuji dengan isu ekonomi, sekali gus menuntut semua pihak mengenepikan masalah kecil dan kembali kepada penyatuan serta perpaduan, selain muafakat dan kerjasama.

“Tak payahlah kita fikir pengganti buat masa ini…kita muafakat, bantu kerajaan. Bila COVID-19 reda, segera bubar Parlimen dan serah (mandat) pada rakyat.

“USA (Amerika Syarikat) lagi banyak kes COVID-19 dan mereka pun ada pilihan raya. Beri peluang PM (Perdana Menteri) selamatkan negara dan nyawa rakyat dulu. Saya percaya PM serah pada rakyat,” katanya melalui Twitter, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal mengenai kenyataan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon yang layak untuk menggantikan Muhyiddin.

Menerusi satu lagi ciapan, Annuar menegur kenyataan dibuat Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad, yang menuduh Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, menentang semangat setiakawan.

“Adalah baik sekiranya kita semua mengurangkan selar-menyelar secara terbuka kerana ia tak banyak membantu. Mari kita harmonikan situasi dan pandang ke hadapan. Sesiapa yang lebih ramai kawan akan menang ke atas mereka yang mencipta permusuhan,” katanya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas program Operasi Sanitasi Awam, di Presint 4, di sini, hari ini, Annuar mengulangi kenyataan sama dengan menuntut semua pihak mengutamakan kerjasama dan penyatuan..

“Kepada parti politik termasuk parti saya sendiri dan kawan-kawan serta saya sendiri, saya fikir kita kena utamakan kerjasama dan penyatuan.

“Kalau kita dah stabil (krisis COVID-19) seperti itu dan kalau nampak keadaan (politik) masih tidak stabil kerana masing-masing pihak ada majoriti tipis, kita adakah pilihan raya umum.

“Kita bincang dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mungkin adakan pilihan raya secara maya. Apabila berlaku ketidakstabilan akan ada pihak merasakan mereka boleh menjadi perdana menteri,” katanya. – Berita Harian

Spread the news