MUKAH: Seorang lelaki maut dalam satu pertembungan antara sebuah kereta dan lori muatan kargo petang semalam di Kilometer (KM) 103Jalan Sibu-Bintulu petang semalam.
Dalam kejadian pada kira-kira jam 6.30 petang, Imban Mangat, 43, maut di tempat kejadian ketika kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan merempuh lori terbabit.
Mangsa yang memandu seorang diri dikatakan menuju dari Selangau ke Bintulu manakala lori berkenaan dari arah bertentangan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Klinik Kesihatan Selangau.
“Mayat telah dibawa ke Hospital Mukah untuk proses bedah siasat,” katanya.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987–Utusan Borneo Online