Seorang maut, empat cedera kemalangan di Sematan 0 6325

KUCHING, 6 Mei (Bernama) — Seorang maut manakala empat lagi cedera apabila sebuah kenderaan jenis Proton Iswara yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di Jalan Baru, Sematan, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata mangsa yang maut ialah David Dillon Anton,19, dari Kampung Bunga Raya, Simunjan.

“Seorang mangsa berjaya mengeluarkan diri namun tiga mangsa tercampak keluar di tepi jalan raya manakala seorang lagi mangsa tersepit di bahagian penumpang belakang.

“Mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba menggunakan peralatan menyelamat dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan hospital,” menurut kenyataan itu.

Empat mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Lundu untuk rawatan.

— BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13952

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13118

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news