KUCHING: Penumpang sebuah pesawat komersial dari sektor Kuala Lumpur ke Kuching pagi tadi gempar apabila salah seorang daripada penumpangnya menemui ajal ketika pesawat dalam perjalanan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Abang Junaidi Abang Annuar ketika mengesahkan kejadian berkata, pihaknya dimaklumkan tentang insiden berkenaan sekitar jam 12.03 tengah hari tadi menerusi pemakluman Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
“Berdasarkan laporan penyelia penerbangan kemudiannya, mangsa yang dikenal pasti sebagai Wong Ho Huah, 46 tahun dari Taman Green Height, Sri Aman dipercayai meninggal dunia sekitar jam 11.10 pagi tadi ketika pesawat meluncur di udara.
“Siasatan awal kita mendapati tiada sebarang unsur jenayah, sebaliknya mangsa mati kerana ‘kanser darah’, yang dialaminya sejak dua tahun lalu.
“Turut berada di sebelah mangsa sepanjang penerbangan ialah abang kandungnya,” katanya lagi.
Mayat mangsa kemudian diturunkan dari pesawat sebelum
dibawa terus ke Jabatan Forensik, Hospital Umum Sarawak untuk tujuan bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. –Sarawakvoice