Sepak Takraw: Malaysia gagal saingi kehebatan Thailand 0 8075

Skuad sepak takraw negara menyumbang pingat perak selepas tewas kepada Thailand dalam acara regu berpasukan hari ini.

PALEMBANG – Skuad sepak takraw kebangsaan menyumbang pingat perak pertama untuk kontinjen negara pada temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dalam acara regu berpasukan lelaki selepas dikecewakan Thailand 0-2 pada perlawanan akhir hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Ranau Hall, Bandar Sukan Jakabaring, Palembang, regu pertama Malaysia dibarisi oleh Muhammad Zulkifli Abd Razak selaku tekong, Muhamad Norhaffizi Abd Razak (perejam) dan Mohd Syazreenaqmar Salehan (pegumpan).

Mereka turun dengan penuh semangat serta mempamerkan aksi terbaik pada awal permainan namun gagal meneruskan rentak apabila tunduk straight set 15-21, 15-21 kepada regu Thailand yang diketuai oleh Assadin Wongyota.

Regu utama negara yang diwakili oleh Muhammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Muhammad Azlan Alias (perejam) turun pada susunan kedua dengan harapan untuk menyumbang mata buat kem negara juga lebur apabila tewas 19-21, 13-21 kepada regu utama Thailand yang diketuai oleh Pornchai Kaokaew.

Bagaimanapun, pencapaian pingat perak skuad sepak takraw itu mengatasi pencapaian pada Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan apabila mereka memperoleh pingat gangsa.

Kekalahan itu juga menyaksikan Thailand melebarkan pengusaan mereka dalam arena sepak takraw apabila mengekalkan pingat emas sejak 28 tahun lalu. – Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15213

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8394

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news