Shell Malaysia pindah pusat operasi serantau ke Miri 0 5296

Shell Malaysia pindah pusat operasi serantau ke Miri

KOTA SAMARAHAN: Langkah syarikat multinasional, Shell Malaysia untuk memindahkan pusat operasi serantaunya di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Sabah ke Miri akan merancakkan lagi kegiatan ekonomi di bandar utara Sarawak itu.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata pengurusan Shell Malaysia telah memaklumkan keputusan itu kepada beliau dalam satu mesyuarat di Kuala Lumpur minggu lalu.

“Staf mereka dari KL (Kuala Lumpur) akan berpindah ke Miri, staf di KK (Kota Kinabalu) juga akan ke Miri dan Miri akan menjadi pusat operasi serantau mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu perhimpunan bersama masyarakat Samarahan di sini hari ini.

Menurut beliau, walaupun pengurusan syarikat itu tidak memberikan alasan spesifik mengenai perpindahan itu semasa mesyuarat berkenaan tetapi beliau memberi jaminan kerajaan negeri akan membantu mereka dalam urusan berkaitan.

Beliau berkata satu meja khas untuk mengendalikan permintaan Shell Malaysia akan disediakan di bawah Jabatan Ketua Menteri untuk memudah cara pemindahan pusat operasi mereka ke Miri.

“Mereka (Pengurusan Shell Malaysia) memohon (kepada Kerajaan Negeri Sarawak) untuk memudah cara pengeluaran pas kerja kerana kebanyakan staf mereka adalah ekspatriat, bukan warga Sarawak.

Anda bayangkan secara kasar 2,000 (staf Shell yang akan datang) … juga sudah pasti kontraktor mereka (akan mengikuti kemudian),” katanya.

Miri menjadi hab industri petroleum di negara ini selepas minyak dijumpai di sana pada 1910.

-BERNAMA – Berita Harian

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12932

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12218

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news