KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin selamat melahirkan bayi perempuan sihat, seberat 3.55 kilogram di pusat perubatan di Kuala Lumpur sekitar 8.17 pagi tadi bersamaan 1 Rejab.
Mewakili Siti dan keluarga, pengurus penyanyi yag juga kakak iparnya Rozi Abdul Razak dalam kenyataan rasmi di Facebook mengucapkan terima kasih atas doa dan sokongan ahli keluarga, rakan, peminat serta pihak media.
“Suami beliau, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat,” umum kenyataan tersebut.
Rozi berkata, buat masa ini Siti mahu diberi ruang berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.
“Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya,” kata Rozi. –Sarawakvoice