‘Sokongan Charles pada LGBT cerminkan pendirian DAP’ 0 5948

Kenyataan anggota parlimen DAP, Charles Santiago mengenai komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) mencerminkan pendirian rasmi parti itu berhubung isu berkenaan, kata seorang pensyarah.

Dalam tulisan yang disiarkan Harakahdaily, Dr Kamarul Zaman Yusoff mendakwa ahli parlimen Klang itu diketahui merupakan salah seorang penyokong kuat kepada kumpulan LGBT.

Beliau merujuk kenyataan Charles pada 21 November tahun lalu bertajuk “Hari Peringatan Transgender: Hapuskan Undang-Undang Mendiskriminasi Terhadap Masyarakat Transgender” yang antara lain menggesa kerajaan menghapuskan peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi golongan berkenaan.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, beliau tidak memandang serius artikel berkenaan kerana mengganggap ia merupakan pandangan peribadi, namun Charles sekali lagi memuatkan kenyataan bertajuk “Hentikan Bigotri & Kebencian Terhadap Golongan LGBT” (“Stop Bigotry & Hatred Against the LGBT People”) di laman Facebook beliau pada 21 Februari lalu.

Kamarul berkata kenyataan terbaru itu menyebut “kerajaan Malaysia mesti menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan LGBT dengan segera” kerana “undang-undang yang menjadikan homoseksualiti sebagai satu jenayah, seperti di Malaysia, mendatangkan satu ancaman serius kepada hak-hak asasi individu-individu lesbian, gay, biseksual dan transgender.

“Pada hemat saya, kenyataan Charles pada 21 Februari 2018 ini perlu dipandang berat kerana ia mengandungi seruan yang lebih meluas daripada kenyataan beliau pada 21 November 2017 yang sekadar mendesak kerajaan Malaysia menghapuskan semua peraturan dan undang-undang yang mendiskriminasi terhadap golongan transgender.

“Lebih serius lagi, selain disiarkan di dalam portal berita Malaysiakini di bawah tajuk “The Bigotry Against The LGBT Community Must Stop”, kenyataan Charles ini turut dimuatkan di dalam laman rasmi DAP sendiri di bawah tajuk “Hentikan Bigotri & Kebencian Terhadap Golongan LGBT” pada 21 Februari 2018 yang memberikan gambaran bahawa kenyataan Charles ini mencerminkan pendirian rasmi DAP sendiri,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya Charles dan DAP serius mahu menghapuskan semua peraturan dan undang-undang berkenaan, mereka terlebih dahulu perlu mendesak Kerajaan Pulau Pinang menghapuskan Seksyen 25, Seksyen 26 dan Seksyen 28 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Pulau Pinang) 1996.

Ini kerana katanya, kerajaan Pulau Pinang kini diketuai oleh DAP dan bukan kerajaan pusat.

Beliau juga mengatakan sangat menarik untuk melihat pendirian rakan kongsi DAP dalam Pakatan Harapan (HARAPAN), khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) mengenai sokongan Charles dan DAP terhadap isu berkenaan.

Ini kerana menurutnya, dalam perlembagaannya AMANAH menyatakan “dasar dan tujuan parti itu” adalah untuk “memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan” dan “mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua. – Malaysiakini

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13142

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12514

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news