Dua remaja lelaki lemas di Taman Negara Kubah 0 15555

Kuching: Dua remaja lelaki yang dikenali sebagai Jeff dan Kelvin berusia 17 dan 18 tahun dilaporkan lemas di Taman Negara Kubah sekitar jam 2 petang tadi.

Menurut info awal sebelum kejadian lemas berlaku kedua-dua mangsa bersama dua lagi rakan mereka berkunjung dan mandi di Taman Negara berkenaan.

Kedua-dua mangsa telah disedari lemas oleh pengunjung dan pekerja di Taman Negara segera cuba untuk menyelamatkan mangsa.

Susulan daripada kejadian pihak paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.

Namun kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia setibanya di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak-Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13143

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12514

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news