Sony Sahkan Tidak Lagi Akan Memasuki Pasaran Malaysia 0 6426

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat dilihat dimana Sony Malaysia semakin kurang aktif dalam menawarkan promosi terbaru serta menawarkan telefon pintar terbaru buat para pengguna. Malah, telefon pintar flagship mereka Sony Xperia XZ3 turut tidak ditawarkan di Malaysia.

Melalui perkongsian XperiaBlog, Sony tidak lagi akan memfokuskan penjualan mereka di beberapa negara melibatkan pasaran Eropah, Hong Kong, Jepun dan Taiwan sahaja. Sebaliknya, Malaysia tidak lagi tersenarai di dalam rancangan Sony untuk menawarkan telefon pintar keluaran mereka. Hal ini bertepatan dengan langkah strategi terbaru syarikat ini.

Difahamkan langkah ini dibuat bagi memastikan Sony berjaya mencapai keuntungan kembali sekitar tahun hadapan. Buat anda yang menggunakan telefon pintar, pastinya jenama ini meninggalkan nostalgia yang banyak buat anda. Kongsikan bersama kami model telefon pintar Sony kegemaran anda. – Thevocket.com

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13216

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12677

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news