Suami isteri diikat perompak di Bau 0 7108

BAU: Sepasang suami isteri diikat oleh lima orang perompak dalam satu kejadian rompakan di Taman Senggi, Siniawan kelmarin.

Menurur info awal, kejadian rompakan berlaku sekitar jam 3 pagi. Kumpulan perompak yang bersenjata telah merompak beberapa barang berharga milik mangsa seperti wang berjumlah RM2,000, sebuah Nissan Grand Livina, tiga unit telefon bimbit jenis Asus Zenfone Max, Huawei Mate 8 dan Huawei Nova 3i.

Perompak dikatakan masuk ke dalam rumah melalui tingkap belakang rumah. Setakat ini perompak berjaya melarikan diri dan kes masih lagi dalam siasatan – Kamek Miak Sarawak

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13008

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12482

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news