Spaoh bakal miliki lapangan terbang 0 8724

BETONG: Impian penduduk Spaoh untuk menikmati kemudahan lapangan terbang bakal menjadi kenyataan dalam tempoh lima tahun lagi melalui pembinaan lapangan terbang landasan pendek (STOLport) di Bebuling, di sini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata sejumlah RM108 juta diperuntukkan kerajaan bagi membiayai projek berkenaan yang diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan dan sosio-ekonomi setempat.

Katanya, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) ketika ini sedang meneliti beberapa perkara berkaitan sebelum pembinaannya dapat dilaksanakan.

“Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan lapangan terbang pertama di kawasan ini akan menjadi kenyataan tidak lama lagi,” katanya pada Program Hari Ini Untuk Esok, di sini semalam.

Abang Johari menjelaskan kemudahan itu antara keperluan logistik bagi memasarkan produk pertanian dari kawasan Sri Aman, Betong dan sebahagian daripada Sarikei dengan lebih cekap, selain menjimatkan masa serta kos berkaitan.

“Kawasan ini mempunyai potensi besar dalam bidang pertanian dan akan menjadi kawasan bakul makanan negeri pada masa depan. Dengan adanya STOLport, hasil pertanian segar dapat diedarkan ke pasaran dengan lebih cepat,” katanya.

Pada masa yang sama, Abang Johari berkata, sektor pertanian di kawasan berkenaan perlu dipermodenkan dengan penggunaan teknologi terkini untuk memastikan pengeluaran berskala besar.

“Kita perlu menggunakan kaedah ‘Internet of Things’ (IoT), sistem fertigasi dalam pertanian moden untuk memperkukuhkan lagi ekonomi kita,” katanya. – Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13861

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13027

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news