Tentera tahan lelaki kerana cuba seludup kereta curi ke sempadan Indonesia 0 6643

Rejimen Ke-4 Kor Armor Diraja (4 KAD) mengagalkan cubaan membawa keluar sebuah kenderaan curi pacuan! empat roda dari keluar ke sempadan Indonesia pada 29 Sep 2018.

Seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai menerima upah dari sindiket curi kereta ditahan dalam operasi pada jam lebih kurang tujuh pagi.

Menurut Pegawai Memerintah 4 KAD, Lt Kol Lt Shamzaini Misran pasukanya menerima maklumat dari pihak polis sehari sebelum penahan dibuat bahawa terdapatnya sebuah kenderaan jenis Land Crusier Prado telah dilaporkan hilang.

Hasil dari maklumat tersebut pihak tentera membuat rondaan berkenderaan ke laluan yang sering digunakan oleh penyeludup untuk membawa keluar kenderaan dan barangan ke sempadan.

Turut didapati dalam rampasan tersebut, wang tunai bernilai RM 10 ribu dan peralatan menghisap dadah.

Kenderaan tersebut bersama suspek yang berusia 26 tahun dan barang rampasan telah diserahkan kepada Balai Polis Bau untuk tindakkan lanjut.

Oleh : Kapt Syaiful
Gambar: Sjn Juan

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12986

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12467

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news