Suami isteri diberkas polis simpan dadah di rumah di Muara Tabuan 0 5906

KUCHING: Sepasang suami isteri diberkas dalam serbuan apabila didapati memiliki beberapa jenis dadah dianggarkan bernilai RM194,976.00.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Abang Ahmad Abang Julai berkata pasangan terbabit yang berusia 40-an ditangkap dalam serbuan ke atas rumah mereka di sebuah pangsapuri di Muara Tabuan, di sini sekitar jam 4 petang semalam.

Menurutnya, terdahulu anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching diketuai Inspektor Khairul Faiz memberkas si suami di tempat letak kereta pangsapuri tersebut dan menemui dadah jenis syabu seberat 2.1 gram dan Pil Erimin 5 sebanyak 100 biji.

Abang Ahmad menunjukkan dadah yang dirampas daripada suspek.”Suspek turut mengaku menyimpan dadah di pangsapurinya dan pemeriksaan lanjut di dalam rumahnya telah menjumpai 163 paket plastik disyaki berisi syabu (611.79 gram), 140 biji pil ecstacy (50.18 gram) serta 690 biji pil Erimin 5 yang disimpan di dalam satu beg kertas.

“Anggaran keseluruhan dadah yang dirampas bernilai RM194,976,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya juga, pihaknya turut menahan seorang wanita warga Indonesia yang merupakan isteri kepada suspek lelaki.

“Keputusan ujian saringan awal polis mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Methamphetamine, manakala suspek wanita bebas daripada sebarang dadah,” jelasnya.

Kedua-dua suspek juga didapati tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13429

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8133

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news