Sukma: Perak dipaksa kerja keras, seri 1-1 menentang Sarawak 0 6707

LUMUT: Juara dua kali berturut-turut acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma), Perak gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 menentang Sarawak pada aksi sulung Kumpulan A di Stadium Majlis Perbandaran Manjung di sini malam tadi.

Skuad kendalian Chan Wing Hoong itu yang mempertaruhkan lapan pemain PKNP FC untuk mempertahankan pingat emas bagaimanapun dikejutkan dengan jaringan awal pelawat seawal minit keduamenerusi Amir Amri Salleh yang bijak menghidu kealpaan barisan pertahanan Perak.

Peluang terbaik Perak datang pada minit ke-47 setelah pengadil menghadiahkan sepakan penalti namun pemain tengah C.Suwarnaraj gagal memanfaatkan peluang terhidang itu.

Bagaimanapun Muhamad Asyraaf Mat Pushni berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-51 hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan Andy Nicholas Nipen.

Sebelum itu pada aksi sebelah petang di venue yang sama, menyaksikan Negeri Sembilan melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Perlis, yang juga daripada Kumpulan A.

Penyerang Negeri Sembilan Nor Syafiq Syazwan Abd Rahman menjadi wira selepas menjaringkan gol pada minit ke-38 menerusi sepakan penalti dan sepakan di dalam kawasan petak D pada minit ke-64, manakala gol sagu hati Perlis diperoleh  menerusi  tandukan M.K. Aathishesan pada minit ke-43.

Sementara itu pada aksi Kumpulan B puladi Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim petang tadi,gol tunggal Wilayah Persekutuan yang dijaringkan Muhammad Amirul Nizam Mohd Azmi (minit ke-39) sudah cukup untuk menewaskan Johor.

Wilayah Persekutuan dan Johor berada dalam Kumpulan B, selain daripada Terengganu.Esok, Kedah akan bertemu Pahang pada pukul 4.30 petang di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), di sini bagi perlawanan peringkat Kumpulan D, selain daripada Kelantan menentang Selangor daripada kumpulan yang sama di stadium yang sama pada pukul 8.45 malam.

Melaka bakal beraksi menentang Sabah bagi peringkat Kumpulan C di Stadium Mini Parit Buntar pada pukul 8.45 malam.Melaka dan Sabah berada dalam Kumpulan C bagi acara bola sepak selain Pulau Pinang.– Bernama

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13544

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news