Suspek kedua kes samun kedai serbaneka 24 jam serah diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching 0 5758

KUCHING: Polis Sarawak berjaya menahan suspek kedua kes samun kedai serbaneka 24 jam sekitar jam 12.45 tengah hari tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.

Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Deputi Komisioner Datuk Dev Kumar berkata, suspek ditangkap sepasukan anggota D9 Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak yang diketuai Asisten Superintendan Lawrence Rawieng sebaik tiba dari Kota Kinabalu.

“Pasukan polis telah dimaklumkan terlebih dahulu bahawa suspek akan menyerah diri di lapangan terbang sambil diiringi peguamnya.

Pada 27 April lalu, polis Sarawak telah mengumumkan tangkapan seorang suspek yang disyaki terlibat dalam 15 kes samun kedai serbaneka 24 jam di sekitar Kuching dan Padawan yang dilaporkan tahun ini.

Polis turut menyiarkan gambar suspek yang berumur 24 tahun untuk membantu siasatan.

“Berikutan penyiaran gambar suspek ini, usaha-usaha telah dijalankan untuk menasihati suspek menyerah diri.

Suspek kata Dev, akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching pada pagi esok untuk permohonan reman. –Sarawakvoice

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15431

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8423

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakan forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news