Bekas ratu cantik, bekas duta, selebriti warnai PRU14 0 5698

KUALA LUMPUR: Bekas ratu cantik, selebriti, peguam, bekas ketua pengarang berita, bekas duta dan bekas peniaga jagung merupakan antara calon yang mewarnai Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) susulan penamaan calon yang berlangsung semalam.

Mereka antara lebih 2,000 calon pelbagai parti politik dan Bebas yang dipilih untuk cuba mewakili masyarakat di 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara selain kelibat calon yang sudah biasa dalam arena pertandingan politik.

Antara yang mencuri tumpuan ialah selebriti Azwan Ali yang akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa menentang abang kandungya sendiri yang juga Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Turut menarik perhatian bekas Ratu Cantik Unduk Ngadau 2007, Jo-Anna Sue Henley Rampas, 29, mewakili Parti Warisan Sabah (Warisan) yang berdepan bekas wartawan kanan akhbar New Straits Times (NST) Datuk Joniston Bangkuai daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) di DUN Kiulu, Sabah.

Selain itu, β€˜Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Datuk Ibrahim Mat Zin, yang sebelum ini mengumumkan hasrat untuk bertanding di kawasan Parlimen Bagan Datuk, tidak hadir di pusat penamaan dan telah diisytiharkan bankrap oleh Jabatan Insolvensi.

Perkembangan lain yang mendapat perhatian ramai ialah bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang menyerahkan kertas pencalonan untuk bertanding di atas tiket PKR di DUN Kota Lama, Kelantan.

PRU14 turut diwarnai dengan kehadiran semula bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam untuk Parlimen Hang Tuah Jaya manakala bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique membuat kemunculan semula dengan pencalonan di Parlimen Setiawangsa.

Jangan dilupakan kepada Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, 81, yang akan bertanding di kubu tradisinya di Parlimen Gua Musang yang disandang sejak 1974 – tempoh paling lama seseorang menjadi wakil rakyat di Malaysia.

Pastinya PRU14 ini juga memperlihat calon paling tua bertanding iaitu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 92, di Parlimen Langkawi, beza 70 tahun dengan calon paling muda iaitu P. Prabakaran, 22, yang merupakan calon Bebas di Parlimen Batu.

Barisan calon PRU14 turut dimeriahkan dengan kehadiran peniaga jagung yang kemudiannya menjadi pemaju, Badrul Hisam Md Zin, 46, yang bertanding sebagai calon Bebas di DUN Sungai Tua, Selangor kerana azamnya mahu membantu golongan muda mencapai kejayaan.

Jo-Anna Sue ratu cantik bertanding / kredit foto : Lano Lan

PRU14 juga tidak lengkap tanpa calon kategori peguam iaitu Mohd Khairul Azam, calon Bebas di Parlimen Pandan, yang merupakan peguam mewakili pendakwah Islam antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Bekas ketua pengarang berita sebuah stesen televisyen tempatan, Mohd Khaidir Ahmad mencuba nasib atas tiket Bebas di DUN Lanchang, Pahang manakala bekas jurugambar Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir, 32, yang juga Exco Pemuda PPBM merupakan calon Parlimen Paya Besar di Pahang.

Figura tidak asing di arena politik tanah air akan turun mempertahan kerusi Parlimen masing-masing, termasuk Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan Parlimen Pekan manakala timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi Parlimen Bagan Datuk.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mempertahan kerusi Parlimen Bentong, Presiden MIC Datuk Seri S.Subramaniam di Parlimen Segamat dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong di Parlimen Teluk Intan.

Bekas Presiden myPPP Tan Sri M. Kayveas dan bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kedua-duanya tidak hadir di pusat penamaan, sekali gus menepis ramalan kononnya mereka akan menjadi calon Bebas,

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula hari ini hingga 11.59 malam, 8 Mei.

Hari pengundian bagi PRU14 ditetapkan pada 9 Mei manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.– BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13528

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8153

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news