Syed Saddiq, Nurul Izzah pilihan netizen sebagai Menteri Belia dan Sukan 0 5866

Netizen memilih antara Syed Saddiq, Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadzil, dan Nik Nazmi Nik Ahmad bagi jawatan Menteri Belia dan Sukan.

BARISAN menteri Kabinet dijadual mengangkat sumpah pada Isnin. 

Namun satu portfolio yang dinanti-nantikan oleh golongan muda ialah jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Ia menggantikan Menteri sebelum ini iaitu Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Ini juga merupakan antara portfolio penting yang mengambil kira hal ehwal anak-anak muda Malaysia.

Perbualan di media sosial semakin rancak oleh mereka yang masih tertanya-tanya siapa bakal mengisi jawatan ini. 

Secara amnya, netizen mengharapkan calon dipilih adalah berdasarkan kelayakan agar ia kekal relevan.

Antara nama yang disebut-sebut untuk memegang jawatan itu adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad turut menerima sokongan netizen untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Muka baharu dalam politik negara, Fahmi Fadzil yang merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai juga mempunyai potensi untuk menjadi Menteri Belia dan Sukan.

Pada Jumaat, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai nama untuk 15 Menteri Kabinet baharu.

Menurut kenyataan perdana menteri, antara yang tersenarai adalah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Timbalan Pengerusi DAP Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.


Senarai yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri itu telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan Baginda telah memperkenankan senarai itu.

Tun Mahathir sebelum ini turut berkata Pakatan Harapan mahu perkecilkan Kabinet kepada 25, jumlahnya boleh ditambah pada masa hadapan bergantung kepada keperluan.

Senarai penuh kabinet difahamkan akan diumumkan kemudian. – Astro Awani

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13494

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8148

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news