Tabung Harapan dijangka bayar hutang lebih awal, kata ahli ekonomi 0 5543

KUALA LUMPUR: Walaupun jumlah yang dikutip oleh tabung amanah, Tabung Harapan  Malaysia (THM),  agak kecil berbanding jumlah hutang negara yang melebihi RM1 trilion, sumbangan itu mungkin digunakan untuk membayar hutang pada tarikh yang lebih awal.

Hutang negara melebihi RM1 trilion, manakala sumbangan kepada THM sebanyak FRM66.67 juta sehingga 3 petang, 14 Jun.

Ketua Ekonomi RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon, berpendapat dana itu mungkin menyumbang kepada faedah bon 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai RM810.21 juta yang dijadualkan antara September dan November tahun ini.

“Walaupun saiz dana agak kecil berbanding jumlah hutang yang besar, saya yakin ia akan dibelanjakan untuk menyelesaikan hutang dan bukan untuk tujuan lain, memandangkan dana masyarakat itu digerakkan atas semangat patriotik sebagai tanda sokongan rakyat kepada kerajaan,” katanya kepada Bernama.

Fungsi sebenar THM dikritik sejak pembukannya pada 30 Mei 2018.

Perdana  Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa dana masyarakat  itu bertujuan mengurangkan hutang negara, dan diwujudkan sebagai respond kepada keprihatinan rakyat terhadap salah urus oleh kerajaan Barisan Nasional.

Peck berkata Malaysia bukanlah negara pertama yang melancarkan dana masyarajat di peringkat kebangsaan kerana Korea Selatan telah memulakan kempen pengumpulan dana yang sama semasa krisis kewangan Asia 1997/98 atau lebih dikenali sebagai krisis IMF (Dana Kewangan Antarabangsa) dalam kalangan  penduduk tempatan.

Ditanya sama ada kerajaan sepatutnya menetapkan garis masa atau sasaran mengutip dana itu sebagai panduan jelas untuk rakyat ‘menyelamatkan’ negara, Peck berkata ia hanyalah kempen patriotisme.

“Lebih-lebih lagi, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah menyebut sebelum ini bahawa tidak ada had sumbangan,” katanya, sambil menambah bahawa beliau percaya saiz dana akan terus berkembang seiring waktunya.

Lim dilaporkan berkata bahawa hutang negara berjumlah RM1 trilion pada 31 Dis, 2017, termasuk hutang kerajaan Persekutuan sebanyak RM686.8 bilion ditambah jaminan kerajaan berjumlah RM199.1 bilion untuk membayar bagi pihak entiti yang tidak mampu membayar hutang mereka.

Namun, menteri itu menegaskan bahawa asas-asas ekonomi Malaysia kekal kukuh, sektor kewangan stabil, sektor perbankannya mempunyai modal yang tinggi dan terdapat mudah tunai yang mencukupi dalam pasaran.

Sementara itu, akaun dana masyarakat THM dengan akaun Maybank (A/C 566010626452) akan terus dibuka sehingga kerajaan berjaya mencapai sasaran yang besar.

Bagaimanapun, tiada jumlah tertentu dan garis masa ditetapkan setakat ini.

Lim memberi jaminan bahawa kerajaan akan mengurus semua sumbangan secara sistematik dan telus, dengan dana yang dikumpul akan dikemas kini di laman web Kementerian Kewangan (KKM) dan platform media sosialnya setiap hari, manakala penyumbang diberikan pengecualian cukai, termasuk syarikat.

Wang yang disumbangkan layak mendapat pengecualian cukai. – BERNAMA

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15411

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news