Messi buat Argentina malu 0 5543

MOSCOW: Argentina sekadar mencatat keputusan seri 1-1 bertemu pendatang baharu Piala Dunia, Iceland dengan Lionel Messi mensia-siakan peluang terbaik apabila dia gagal menyempurnakan penalti bagi memastikan kemenangan pasukan dari benua Amerika Selatan itu.

 Sergio Aguero membuka tirai jaringan buat juara dunia dua kali itu seawal minit ke-19 tetapi kelebihan itu berjaya dipadam Iceland apabila Alfred Finnbogason berjaya meledak gol penyamaan empat minit kemudian.

Keputusan itu dianggap memalukan buat Argentina dan menimbulkan persoalan mengenai kemampuan mereka yang diletakkan sebagai salah satu pasukan pilihan bagi menjuarai Piala Dunia sejak kali terakhir melakukannya pada 1986.

Dengan Diego Maradona turut hadir menyaksikan perlawanan di Stadium Spartak Moscow, Messi gagal untuk memberi reaksinya terhadap hatrik yang dilakukan pencabar utamanya, Cristiano Ronaldo ketika membantu Portugal mengikat Sepanyol 3-3 dalam aksi pertama.

Messi sehingga kini masih gagal menjulang sebarang gelaran utama di pentas antarabangsa dan masa semakin suntuk buat dirinya yang akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 pada 24 Jun ini.

Bagi Iceland yang menyingkirkan England pada saingan Euro 2016, keputusan seri dengan Argentina memberi petanda positif buat negara kerdil berkenaan sekali gus mencerahkan peluang untuk melepasi saingan kumpulan yang turut dibarisi Nigeria dan Croatia.

Iceland yang mempunyai jumlah penduduk sebanyak 330,000 orang adalah negara kecil pertama yang layak ke Piala Dunia tetapi membuktikan mereka mampu memberi cabaran kepada pasukan berstatus gergasi. – AFP

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 13857

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8169

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news