Taib menasihati rakyat Sarawak untuk kekalkan keamanan dan keharmonian 0 5607

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menasihatkan rakyat negeri ini supaya meneruskan cara hidup berinteraksi dalam aman dan harmoni.

Katanya, rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama boleh berasa bangga dan bermaruah kerana dapat hidup bersama dan saling menghormati antara satu sama lain dan semua orang boleh mengamalkan agamanya sendiri tanpa sebarang sekatan dan kritikan dari mana-mana pihak.

“Ini adalah semangat yang kita mahu terus serapkan ke dalam masyarakat kita, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, tanpa salah faham dan pertengkaran di antara satu sama lain.

“Sebenarnya Sarawak yang aman dan harmoni, akan menjadi lebih progresif dan mempunyai masa depan yang cerah,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu sempena Hari Raya Aidilfitri ini, beliau berharap agar tradisi mengunjungi antara satu sama lain diteruskan kerana ia telah menjadi trend yang baik untuk rakyat Sarawak, yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

“Atas sebab ini, kita merayakan Hari Raya Aidilfitri sebagai perayaan yang memberikan kegembiraan dan kebahagiaan bukan hanya kepada umat Islam tetapi kepada semua kaum di Sarawak.

“Bagi saya, inilah mesej yang saya ingin berikan kepada rakyat Sarawak tanpa mengira asal-usul kaum atau kepercayaan agama mereka,” katanya.

Sementara itu, Taib berkata, umat Islam amnya mesti mengambil kesempatan penuh dari bulan suci Ramadan ini untuk terus melakukan perkara-perkara yang baik dan terus mengamalkan ajaran agama terutama dalam membimbing golongan muda dan rakyat dari kaum dan agama lain, kerana amalan baik mesti dikongsi bersama dalam usaha menaik taraf diri, budaya serta tradisi di Sarawak.

“Kita mesti sejauh mungkin mengelakkan melakukan sesuatu yang buruk, kita mesti menghalang diri kita daripada terlibat dalam amalan buruk seperti menyebarkan kepalsuan terhadap individu, elakkan melakukan sesuatu, yang boleh membawa pertengkaran dan pemusnahan kepada negeri,” katanya. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelitup muka bukan sisa domestik 0 15411

Pelitup muka bukan sisa domestik

CABARAN pandemik COVID-19 belum tamat. Sehingga kini, lebih 51 juta penduduk dunia dijangkiti virus dengan lebih 1.27 juta kematian.

Bagi membendung penularan, kita sentiasa diingatkan kepentingan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Ini termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, kerap membasuh tangan, mengelak tempat sesak dan memakai pelitup muka.

Sememangnya SOP perlu dibudayakan sehingga menjadi kebiasaan baharu. Bagaimanapun, amalan pemakaian pelitup muka menjadi perhatian dan kebimbangan aktivis alam sekitar serta penyelidik.

Sebelum ini, pemakaian pelitup muka terutama daripada jenis surgikal hanya diamalkan petugas kesihatan di hospital dan klinik. Ia SOP biasa bagi mengelak jangkitan dengan pesakit dirawat. – Berita Harian

Spread the news

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱 0 8420

Besarnya ‘sang bedal’ 😱😱😱

Limbang: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang memindahkan buaya seberat 800 kilogram sepanjang lima meter yang ditangkap di parit di Taman Perumahan St Edmund Limbang, di sini, semalam, ke kawasan selamat pagi hari ini.

BBP Limbang dalam kenyataannya berkata, sekitar 11 malam, reptilia itu ditemukan tersesat di dalam parit di kawasan perumahan itu menyebabkan kegelisahan penduduk di situ.

Justeru, katanya, sepasukan bomba dikerah ke lokasi membantu bagi menangkap serta mengikat buaya berkenaan di parit berdekatan kawasan perumahan berkenaan.

“Hari ini, bomba dengan bantuan Sarawak Forestry Corporation (SFC) ke lokasi menjalankan khidmat khas pada 8.25 pagi untuk memindahkan buaya itu.

“Pasukan bomba dengan bantuan tujuh anggota SFC mengambil masa hampir satu jam mengangkat buaya tembaga itu ke darat dengan menggunakanΒ forklift,” katanya, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, buaya diletakkan dalam kenderaan khas kemudiannya diserahkan kepada SFC untuk dihantar ke lokasi penyimpanan SFC di Kubong. – Harian Metro

Spread the news