Tak sempat melintas, pejalan kaki maut dilanggar kereta 0 5742

KUCHING: Seorang pejalan kaki maut apabila dilanggar sebuah kereta berdekatan Kampung Selang Ulu, Jalan FAC Matang sekitar jam 11.58 lewat malam Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Suhana Yunus,33 tahun berasal dari Kampung Jaya Bakti.

Menurutnya, semasa kejadian mangsa dipercayai hendak melintas jalan apabila sebuah kereta yang datang dari arah Jalan FAC Matang tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas diperiksa oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS menggunakan kenderaan polis.

“Manakala pemandu kereta iaitu seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berusia 21 tahun dilaporkan tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Siasatan di tempat kejadian telah dijalankan dan pihak kita turut menyita kenderaan yang terlibat untuk pemeriksaan Puspakom serta Jabatan Kimia,” jelas Alexson – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13004

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12477

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news