Takut dimarah isteri kalah judi, lelaki buat laporan palsu dirompak 0 6111

SIBU: Seorang buruh ditahan kerana membuat laporan palsu kononnya dirompak dua lelaki bermotosikal ketika berhenti di Bukit Tunggal Dunin, Jalan Kanowit-Julau-Durin berhampiran Jambatan Durin, dekat sini.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu berjaya dikesan anggota polis yang menjalankan siasatan awal terhadap kes tersebut kerana mendapati laporan dibuat oleh lelaki berusia 37 tahun itu meragukan.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit (gambar) dalam laporan awal, suspek mendakwa kejadian itu berlaku sekitar 9.30 malam pada Sabtu semasa dalam perjalanan pulang ke rumah di Rumah Garing, Hulu Naman di Batu 22 dari Sibu Jaya.

Katanya, suspek mendakwa didatangi dua lelaki bermotosikal ketika berhenti di tepi jalan apabila tayar hadapan keretanya pancit, yang menolaknya serta meminta RM2,000 daripadanya.

“Hasil siasatan dan tindakan lanjut, suspek mendedahkan kejadian sebenar yang berlaku iaitu bukan dirompak tetapi kalah judi RM2,000.

“Punca lelaki itu membuat laporan (palsu) adalah untuk menyelamatkan diri kerana bimbang isterinya akan memarahi dan menyalahkannya apabila kalah RM2,000 dalam judi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, suspek telah ditahan pada Ahad dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 12999

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12473

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news