Taman Budaya ditutup, DBKU lakukan operasi buru anjing liar selepas gigit orang awam 0 6038

KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menutup Taman Budaya (Reservoir Park) kepada awam hari ini untuk melakukan operasi menangkap lima ekor anjing liar selepas sekurang-kurang seorang individu dilaporkan digigit pada Selasa.

Mengumumkan penutupan taman rekreasi berkenaan, Datuk Bandar, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai menasihatkan kepada orang awam agar tidak mendekati taman terbabit apabila pihaknya melakukan operasi berkenaan petang nanti.

“Kita mungkin perlu menembak anjing dengan senapang penenang tetapi pada masa yang sama kita menyedari bahayanya kepada orang ramai. Untuk keselamatan, diharap jangan mendekati taman sehingga kami dapat menangkap semua anjing berkenaan,” katanya ketika dihubungi Borneo Post di sini, hari ini.

Tambah beliau perangkap sangkar juga akan disediakan di tempat-tempat yang strategik.

Abang Wahap bagaimanapun tidak dapat memberikan masa yang tepat mengenai operasi berkenaan kerana beliau tidak dimaklumkan oleh penyelaras tetapi memberitahu bahawa anggota mereka sudah berada dilapangan untuk mengawasi taman.

Selain DBKU antara angensi terlibat adalah Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dan Jabatan Kesihatan Negeri, katanya.

“Tidak kira jika anjing berkenaan mempunyai pemilik atau tidak kerana sepatutnya pemilik perlu menjaga haiwan peliharaan mereka dan tidak membenarkan ia menganggu orang awam,” katanya.

Sementara itu pagi semalam, seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan selepas diserang dan digigit anjing ketika berjoging.

Menurut sumber Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, anjing berkenaan telah ditangkap pihak berkuasa tempatan dan ujian kini sedang dijalankan oleh Jabatan Veterinar Sarawak untuk mendapatkan keputusan sama ada ia positif rabies.

Meskipun Jabatan Kesihatan sebelum ini hanya mengesahkan bahawa hanya seorang invidu yang berjoging digigit tetapi terdapat dakwaan menerusi media sosial ada lagi yang lain turut diserang oleh anjing pada Selasa. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13191

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12654

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news