Tangguh dulu larangan merokok di premis makanan 0 5896

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS) menyifatkan merokok sebagai kebiasaan masyarakat negara ini yang sudah sebati dalam diri seorang perokok dan sukar untuk membendung ketagihan itu.

Presidennya, T Muthusamy, berkata sudah menjadi kebiasaan bagi perokok untuk mengunjungi premis makanan untuk menikmati makanan sambil berbual dan merokok.

“Ia sudah menjadi tradisi kepada pelanggan. Justeru, saya mohon kerajaan membenarkan premis makanan menyediakan zon merokok dalam kawasan premis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengeluarkan arahan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari 2019.

Selain kawasan yang sedia maklum seperti tempat awam dan bangunan kerajaan, arahan larangan merokok kini membabitkan semua premis makanan, antaranya restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka.

Jelas Muthusamy, pelaksanaan merokok sejauh tiga meter atau 10 kaki dari premis makanan dianggap tidak praktikal dan sukar dituruti pelanggan selain membebankan pengusaha sekiranya pelanggan ingkar terhadap arahan itu.

“Saya minta kerajaan tangguhkan dulu pelaksanaan undang-undang larangan merokok ini sehingga pelanggan merokok boleh menerima pelaksanaan ini dengan baik.

“Kerajaan sebaliknya boleh memperkasakan undang-undang untuk membanteras penjualan rokok seludup dan rokok batang yang dilihat semakin menjadi-jadi terutama dalam kalangan pelajar sekolah,” katanya.

Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Ayoob Khan Muhamad Yakub, pula berkata pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk menegur pelanggan yang merokok di premis mereka, sekali gus menyukarkan usaha untuk menghalang perbuatan berkenaan.

“Merokok adalah perkara rutin pelanggan dan susah hendak tegur mereka.

“Sebagai contoh, kebanyakan pelanggan nampak papan tanda larangan merokok di lokasi awam, tetapi tidak ramai yang mematuhinya.

“Kita setuju dengan tindakan kerajaan, namun mekanisme penguatkuasaan wajar diperkasakan bagi memastikan larangan merokok dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, pelajar kolej, Khairul Azrin Abdullah, 22, berkata merokok di premis makanan sudah menjadi tabiat yang sukar dibendung.

“Selepas menikmati makanan, pelanggan akan beralih ke sesi berbual sambil merokok dan ia sudah menjadi rutin kepada sebilangan pelanggan.

“Agak sukar untuk membuang tabiat berkenaan terutama untuk tidak merokok di kawasan restoran tetapi saya akan cuba berbanding dikenakan denda,” katanya.

Pengusaha kereta sewa, Mohd Khairul Anwar Mustafa, 33, berkata jarak tiga meter yang mahu dikuatkuasa itu dianggap sukar dan tidak munasabah.

“Adalah lebih baik jika premis menyediakan zon khas merokok seperti yang dilaksanakan sekarang,” katanya -Berita Harian Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13960

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 13125

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news