Terdesak beli susu anak, pasangan suami isteri sanggup curi besi di Miri 0 6646

MIRI: Gara-gara terdesak untuk membeli susu anak, sepasang suami isteri sanggup memotong besi pengadang tepi longkang di kawasan Permyjaya Fasa 5 disini kira-kira jam 2.45 petang semalam.

Gerak geri kedua-dua suspek itu disedari orang awam yang kemudiannya melaporkan kepada unit rondaan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Pujut/Permy.

Menurut kenyataan JKP Miri berkata unit ronda Permyjaya dan MCC Serve telah bergegas ke lokasi dan berjaya menahan mereka di kawasan perindustrian Permyjaya dengan longgokan besi di atastroli.

“Pihak polis telah menahan mereka dan dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini. – Utusan Borneo Online

Spread the news
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang 0 13147

Wanita trauma dirogol, liwat dan dicederakan akibat hutang

JOHOR BAHRU: Seorang wanita trauma apabila dirogol, diliwat dan dicederakan temannya sendiri disyaki berikutan pertikaian mengenai hutang, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupeah Abd Wahid, berkata dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dibawa ke rumah rakannya.

“Kejadian ini membabitkan seorang suspek lelaki dan dua suspek wanita yang juga rakan mangsa. – Berita Harian

Spread the news

Lebih 10 rumah dinaiki air 0 12618

Lebih 10 rumah dinaiki air

KUALA TERENGGANU: Fenomena air pasang besar selain hujan berterusan di sekitar daerah ini semalam menyebabkan lebih 10 rumah penduduk di Kampung Losong Haji Mohd, di sini dinaiki air, malam tadi.

Penduduk yang ditemui di kampung berkenaan memaklumkan air mula naik kira-kira jam 9.30 malam.

Tinjauan NSTP mendapati, beberapa rumah yang terletak berhampiran sungai dinaiki air sehingga paras paha. – Berita Harian

Spread the news